PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (BMM3105)
MUQADDIMAH
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi datang berkunjung ke laman ini.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih, kepada pensyarah pembimbing bagi subjek BMM 3105 (P&P Berbantukan Komputer) iaitu , Encik Firdaus bin Abd Salam kerana banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar untuk melaksanakan segala tugasan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan rakan-rakan sekelas, kerana turut terlibat dalam memberi bantuan sehingalah tertubuhnya laman sesawang ini.
Sesungguhnya laman ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak tugasan kerja kursus projek subjek BMM3105 yang wajib dilaksanakan bagi kesemua pelajar opsyen Bahasa Melayu Semester 3. Sesuai dengan nama kursusnya, subjek BMM3105 ini merupakan salah satu pendekatan yang digunakan untuk melahirkan guru yang celik dalam mengaplikasikan kemahiran TMK dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi subjek Bahasa Melayu.
Segala bahan dan maklumat yang diperoleh dalam aktiviti kuliah akan dimuatnaik mengikut minggu interaksi di dalam laman ini. Diharap, dengan adanya ruangan perkonsian ilmu seperti ini, dapat memberi manfaat keapda bakal dan para guru di luar sana untuk melaksanakan tugas sebagai warga pendidik.