REFLEKSI MINGGU KEDUA
Tugasan minggu kedua mempunyai kesinambungan dengan tugasan minggu pertama, iaitu masih dalam aspek pencarian maklumat dan bahan melalui internet. Dalam interaksi 6 jam ini, kami diarahkan untuk menggunakan kemahiran menggunakan enjin pencari bagi mencari bahan-bahan yang sesuai digunakan dan dijadikan bahan bantu mengajar bagi pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa Melayu.
Terdapat empat kategori yang harus dicari iaitu video, audio, teks dan grafik. Keempat-empat kategori ini pula hendaklah dimasukkan ke dalam setiap kemahiran berbahasa iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sebagai contoh; dalam folder kemahiran lisan terdapat pembahagian kategori bahan bantu mengajar iaitu grafik, audio dan video.
Tugasan minggu kedua ini membantu saya untuk mengenalpasti setiap ciri-ciri dan komponen bahan bantu mengajar bahasa Melayu yang berkesan. Terdapat banyak aspek yang perlu diketengahkan seperti kualiti bahan (resolusi), jangka masa bahan boleh digunakan, dan sebagainya. Bahan bantu mengajar yang diperolehi sangat berguna pada masa hadapan dan boleh digunakan pada bila-bila masa sekiranya perlu.