REFLEKSI MINGGU KELIMA
Tugasan amali bagi minggu kelima merangkumi kesemua tajuk yang telah di pelajari pada minggu-minggu sebelumnya. Setiap input yang telah dipelajari pada minggu pertama hingga keempat akan diaplikasikan sepenuhnya pada minggu kelima, yakni menjadi pengukur sejauh manakah pemahaman dan keberkesanan interaksi yang sudah. Terdapat tiga tugasan yang telah diberikan bagi minggu kelima iaitu : menghasilkan satu pakej pembelajaran secara berkumpulan, pakej pembelajaran secara individu, dan juga membuka satu laman sesawang khas bagi subjek BMM3105 secara individu.
Pakej pembelajaran yang pada awalnya dihasilkan secara berkumpulan merupakan satu inisiatif yang baik, dalam memastikan saya dan rakan-rakan lebih memahami bentuk pakej pembelajaran yang baik. Pakej pembelajaran ini merupakan satu bahan bantu mengajar yang dihasilkan dalam bentuk power point dan memerlukan kemahiran TMK yang tinggi semasa proses penyediaannya. Oleh itu, dengan adanya kerja berkumpulan pada awal tugasan, ianya akan memberi keyakinan yang lebih tinggi bagi kami untuk menghasilkan satu hasil kerja yang baik.
Setelah selesai dengan pakej pembelajaran berkumpulan dan individu, kami turut diarahkan untuk membuat satu laman khas yang mana memuatkan kesemua hasil atau bahan yang telah diperolehi dari minggu pertama hingga minggu kelima. Dalam hal ini, saya mendapat lagi satu ilmu yang jarang selaki diperlajari iaitu berkaitan dengan pembukaan laman sesawang. Tidak saya nafikan, pada peringkat awal pembuatannya, ianya amat sukar kerana saya tidak terlalu mahir dengan kemahiran membuat blog sebelum ini. Namun, hasil didikan dan tunjuk ajar dari pensyarah dan rakan, tugasan yang pada awalnya sukar kini bertukar kepada seronok apabila saya dapat memahami prosedur-prosedur yang betul dalam mengendalikan blog sendiri.
Secara keseluruhannya, tugasan minggu kelima ini memberikan saya banyak ilmu dan pengelaman baru, sesuai dengan tugasannya yang memerlukan banyak usaha dan komitmen. Tugasan pada minggu ini tidak boleh dilengkapkan tanpa kerjasama antara pensyarah dan pelatih. Setiap individu hendaklah berusaha untuk mengambil sebanyak mana idea-idea yang disarankan atau diberikan oleh pensyarah mahupun rakan pelatih yang lain.