REFLEKSI MINGGU KETIGA
Internet merupakan satu kemudahan atau teknologi yang sangat popular digunakan pada masa kini bagi mendapatkan pelbagai maklumat; sehingga timbul satu gelaran yang diberikan kepada teknologi internet iaitu “maklumat di hujung jari dan dunia tanpa sempadan”. Apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah tersebut ialah merjuk kepada kebolehan internet yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja, dan boleh mendapatkan apa sahaja maklumat yang dikehendaki.
Namun, kemudahan-kemudahan tersebut sering disalah guna oleh pelbagai pihak, di mana internet yang pada asalnya dicipta untuk tujuan kebaikan digunakan dengan sebaliknya. Oleh itu, etika penggunaan internet telah diwujudkan bagi menyediakan garis panduan mengenai tatacara penggunaan Internet di agensi-agensi kerajaan serta perkara-perkara yang perlu diberi perharian dan diambil tindakan oleh agensi-agensi kerajaan.
Dalam tugasan minggu ketiga ini, saya dan rakan-rakan diarahkan untuk mendapatkan maklumat mengenai etika penggunaan internet. Saya telah mengakses internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, kami juga perlu membuat satu power point dan borusr berkaitan dengan etika penggunaan internet.
Selain menimba satu pengetahuan mengenai etika penggunaan internet, tugasan kali ini turut mengukuhkan lagi kemahiran teknologi para pelatih iaitu berkaitan dengan penggunaan brosur dan power point. Kedua-dua kemahiran ini adalah penting dalam aspek menerangkan maklumat penting. Para pelatih perlu bijak memilih isi-isi penting yang hendak dimasukkan ke dalam power point dan brosur, memandangkan ruang yang amat terhad.