REFLEKSI MINGGU PERTAMA
Tugasan bagi minggu pertama adalah lebih kepada kemahiran mencari sumber, bahan, dan maklumat yang diperlukan menggunakan internet. Dalam hal ini, saya dan rakan-rakan telah mempelajari, cara dan prosedur yang betul untuk mencari maklumat menggunakan enjin pencari internet (search engine).
Dalam tugasan kali ini juga, kami dibimbing untuk mengkategorikan maklumat yang telah diperoleh melalui internet, ke dalam 3 bentuk penyimpanan iaitu : alamat internet, fail internet, dan katalog internet.
Melalui tugasan minggu pertama ini, sedikit sebanyak ilmu berkaitan dengan kemahiran penggunaan internet dapat dikembangkan lagi sejajar dengan keperluan saya sebagai seorang bakal guru. Walaupun pada asasnya saya sudah mengetahui sedikit sebanyak tentang kemahiran-kemahiran tersebut, namun tugasan kali ini memberi peluang kepada saya untuk mengaplikasikannya dalam bentuk yang lebih baik dan teratur.
Dengan adanya kaedah penyimpanan maklumat seperti ini, ianya akan memudahkan saya untuk mengakses mana-mana bahan yang telah disimpan sekiranya diperlukan pada bila-bila masa sahaja. Ketiga-tiga langkah yang digunakan untuk menyimpan maklumat adalah ringkas, mudah, dan sangat sesuai untuk digunakan oleh sesiapa sahaja.