REFLEKSI KESELURUHAN
Alhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin dan rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan kerja kursus projek bagi subjek BMM3105 ini. Sebelum melangkah ke intipati refleksi seterusnya, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penysarah pembimbing subjek BMM3015, En. Firdaus bin Abd Salam kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi dalam memastikan setiap dari kami dapat mengikuti interaksi dengan berkesan telah mendorong saya dan rakan-rakan untuk turut memberikan kerjasama yang maksimum. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.
Sesungguhnya, kerja kursus yang diberikan sudah tentu memberikan satu impak yang mendalam terhadap diri setiap individu yang terlibat termasuklah saya sendiri. Berdasarkan kesemua input yang telah dipelajari sepanjang melaksanakan kerja kursus, saya berpendapat setiap satu daripadanya adalah amat berguna sekali bagi tujuan masa kini dan masa hadapan. Kemahiran-kemahiran teknologi yang asas seperti penyimpanan maklumat (alamat internet) yang telah dipelajari pada minggu pertama telah memberi saya satu kesedaran bahawa, sesuatu perkara yang mudah sebenarnya sangat membantu sekiranya kita dapat menggunakannya dengan cara yang lebih kreatif. Ketiga-tiga bentuk penyimpanan alamat internet membolehkan saya merujuk dan mengakses mana-mana laman yang diingini dengan lebih mudah dan pantas.
Tugasan-tugasan mingguan lain yang melibatkan pencarian maklumat menggunakan enjin pencari turut menajamkan lagi kemahiran mencari maklumat menggunakan internet. Hampir kesemua tugas mingguan yang diarahkan memerlukan kemahiran menggunakan enjin pencari, sebagai contoh; mencari bahan bantu mengajar bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan, membaca, dan menulis. Hal ini membolehkan saya dan rakan-rakan memperoleh banyak maklumat atau bahan yang berguna dan sesuai dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran kelak. Dengan adanya bahan-bahan tersebut, ianya akan membantu saya untuk melancarkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang akan saya jalankan sendiri satu hari nanti memandangkan kesemua bahan telah disimpan dalam folder tertentu dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.
Selain itu, kemahiran-kemahiran yang dipelajari turut membantu dalam mendewasakan saya, di mana terdapat beberapa perkara yang pada awalnya saya anggap tidak perlu diulangkaji lagi kerana sudah mahir dalam menggunakan kemahiran tersebut. Tetapi pada hakikatnya, masih terlalu banyak yang harus dipelajari lagi. Sebagai contoh, dalam penggunaan microsoft power point yang mana kami gunakan bagi tujuan membuat pakej pembelajaran. Walaupun perisian tersebut seringkali digunakan ketika membuat mana-mana pembentangan di bilik kuliah, namun saya masih belum mengetahui banyak perkara yang boleh dibuat dengan menggunakan perisian power point. Saya menyedari hakikat itu setelah melihat beberapa contoh pakej pembelajaran yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing, dan mendapati bahawa masih jauh untuk saya mencapai tahap-tahap tertentu. Oleh itu, sebagai jalan inisiatif, saya seringkali bertanyakan pendapat kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan mengenai fungsi-fungsi microsoft power point dengan lebih mendalam. Alhamdulillah, dengan perkongsian yang ada, saya telah mempelajari banyak lagi kemahiran-kemahiran baharu seterusnya membolehkan tugasan kerja kursus ini disempurnakan dalam masa yang lebih singkat.
Tugasan kerja kursus projek ini juga turut memberi saya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan, di mana buat julung kalinya saya telah membina satu laman sesawang secara individu. Laman sesawang yang dihasilkan adalah salah satu dari kehendak soalan tugasan, yang mana meminta saya dan rakan-rakan lain memuat naik segala bahan yang telah diperoleh sepanjang pembelajran minggu pertama hingga minggu kelima ke dalam laman sesawang masing-masing. Bagi saya, pengalaman baru seperti ini merupakan satu lagi batu loncatan yang berharga untuk membawa diri ini ke aras yang lebih tinggi. Satu kemahiran yang tidak pernah saya terfikir untuk mempelajarinya, kini telah menjadi salah satu keistimewaan dalam diri sendiri.
Secara keseluruhannya, kerja kursus kali ini telah menambah satu lagi ilmu yang bermanfaat kepada naluri saya sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik yang perlu menguasai banyak hal termasuklah ilmu dalam bidang teknologi. Selepas ini, segala kemahiran yang diperolehi pasti akan saya gunakan dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Akhir kata, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membantu untuk tugasan kali ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum...