REFLEKSI MINGGU KEEMPAT
Tugasan amali bagi minggu keempat ini memerlukan saya dan rakan-rakan lain untuk mencari maklumat / bahan berkaitan dengan sastera (prosa dan puisi), tatabahasa (morfologi dan sintaksis), dan bahan mengenai ilmu atau bidang lain seperti Pendidikan Agama dan Moral, Matematik, Sains, Geografi, Sejarah, Kesihatan, Sukan dan Pendidikan. Dalam hal ini, saya sekali lagi mengaplikasikan kemahiran mencari maklumat menggunakan enjin pencari bagi mendapatkan kesemua bahan yang dikehendaki.
Tugasan kali ini sememangnya satu tugas yang dapat memberikan banyak manfaat kepada diri saya. Bukan sekadar dapat mencari alat bahan bantu mengajar, tetapi juga sedikit sebanyak dapat mengukuhkan lagi ilmu-ilmu pengetahuan berkaitan bahasa yang sudah lama tidak ditelaah kembali. Sebagai contoh, ketika mencari maklumat berkenaan bahan sastera, saya dapat mengingat kembali bentuk-bentuk sastera yang pernah dipelajari sebelum ini seperti pantun, gurindam, seloka, dan banyak lagi. Hal ini sekali gus memberikan kegembiraan kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini, kerana saya dapat belajar kembali ilmu-ilmu yang hampir dilupakan ketika membuat tugasan. Bergurindam sambil melakukan tugasan, sudah tentu sangat menyeronokkan bukan?
Selain itu, bidang tatabahasa yang merangkumi morfologi dan sintaksis turut diketengahkan. Bidang ini ialah satu bidang yang mengkaji pembentukan ayat dan kata, di mana pada peringkat sekolah rendah ianya didedahkan dalam bentuk yang asas seperti pengimbuhan, kata nama, kata kerja, dsb. Hal ini merupakan satu cabang ilmu yang paling penting dalam dunia bahasa Melayu, kerana setiap perkataan dan ayat yang dibuat hendaklah menuruti tatabahasa yang betul.
Dalam aspek ilmu dan bidang lain pula, saya berpendapat ianya adalah sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan boleh digunakan dengan teknik penggabungjalinan, di mana subjek lain seperti matematik, sejarah, sains, dapat diserapkan ke dalam aktivit pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Seperti juga tugasan minggu yang sudah, segala bahan yang telah diperoleh pada minggu ini amatlah berguna bagi kegunaan harian dan masa hadapan. Bahan tersebut boleh diguna pakai sekiranya kita memerlukan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik.